BNM - iTEKAD
Permohonan Dibuka
Pengenalan
- iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut
- Setiap program iTEKAD telah distrukturkan dengan teliti dengan menggabungkan beberapa elemen asas perniagaan seperti:
- Pemberian modal permulaan untuk penyediaan aset perniagaan yang dibiayai melalui instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai;
- Pembiayaan mikro yang menyokong keperluan modal kerja bagi pengembangan perniagaan dan memupuk tingkah laku kewangan yang berhemat; dan
- Penyediaan bimbingan/latihan kewangan termasuk perancangan perniagaan yang berstruktur secara berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan untuk daya tahan dan prestasi perniagaan
- Amaun pembiayaan inisiatif i-TEKAD adalah seperti berikut:
- Minima: RM5,000
- Maksima: RM50,000
- Program ini diselaraskan oleh institusi kewangan peserta iTEKAD (usahawan mikro), dengan kerjasama rakan pelaksana seperti:
- Penyedia latihan
- Majlis Agama Islam Negeri
- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Agensi Kerajaan
- Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi iTEKAD*
*Nota: Sila pilih tetapan bahasa BM untuk paparan Bahasa Melayu
Kelayakan
- Usahawan yang layak memohon di bawah program ini adalah:
- Usahawan Asnaf
- Usahawan Mikro B40
- Usahawan Pelajar
- Syarat serta kelayakan termasuk golongan sasar bagi penerima manfaat mungkin berlainan mengikut program yang ditawarkan oleh institusi kewangan pelaksana. Sila rujuk di sini* untuk maklumat lanjut.
*Nota: Sila pilih tetapan bahasa BM untuk paparan Bahasa Melayu
Cara memohon
- Sila rujuk senarai institusi kewangan pelaksana yang terpilih beserta nama program masing-masing untuk maklumat lanjut berhubung tatacara permohonan:
- AmBank Islamic - AmBank Islamic’s iTEKAD Programme
- Bank Islam - Pembiayaan Mikro iTEKAD Maju
- Bank Islam - Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT
- Bank Muamalat - iTEKAD Mawaddah
- Bank Muamalat - iTEKAD Mahabbah
- CIMB Islamic Bank - Rider Entrepreneur Programme
- Public Islamic Bank - Public Islamic Bank
- RHB Islamic Bank - B40 Empowerment Strategy – Be Your Own Boss (BEST-BYOB)
- Bank Simpanan Nasional - BSN MulaNiaga
- Bank Rakyat - Bank Rakyat iTEKAD
- Agrobank - Structured Community Development Programme for Cash Crop & Sumber Kekayaan Baru
- SME Bank - iTEKAD Penjana Komuniti
- SME Bank - iTEKAD Ishraf
- Maybank Islamic - Aspirasi Wanita
Nota:
a. Tempoh buka permohonan bergantung kepada setiap institusi kewangan pelaksana yang terpilih
b. Bagi cawangan bank yang tiada pautan, sila hubungi pusat khidmat pelanggan bank berkenaan atau telefon nombor yang disediakan di bawah