RISDA - Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023
Permohonan Telah Ditutup
Terakhir dikemas kini pada 15/09/2023
Pengenalan
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh
- Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)
Nota: *Sila rujuk syarat kelayakan di butang “Kelayakan”
Kelayakan
- 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
Cara Memohon
- Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
- Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
- Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
- Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
- Salinan geran lot yang ditoreh; dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
- Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
- Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
- Surat pengesahan daripada Agensi
- Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
Dokumen yang Diperlukan
Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi
Penoreh Bukan Pemilik
Pekebun Kecil di bawah Agensi
Agensi
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Telefon
03-4256 4022