LIGS - Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023
Akan Datang
Pengenalan
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) - LIGS adalah bertujuan untuk membantu pekebun getah/penoreh di Sabah bagi mengurangkan beban kewangan semasa musim tengkujuh
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA): Tambahan RM200 daripada bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah sebanyak RM800 untuk tempoh 4 bulan (November, Disember, Januari dan Februari), seperti yang telah diumumkan sebelum ini dalam Belanjawan 2023
- Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada pekebun kecil bagi tahun 2023 telah diubah daripada 17 April 2023
kepada 14 April 2023
Kelayakan
- Pemilik tanah yang mengusahakan ladang getah
- Mesti berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
- Keluasan tanah: 15 ekar dan ke bawah
- Tidak berdaftar dan tidak menerima BMT daripada RISDA
- Penoreh getah
- Penoreh getah mestilah masih hidup dan berdaftar dengan LIGS
- Aktif menjual dan mempunyai rekod penjualan getah sehingga bulan September 2021
- Penama
- Hanya dibayar kepada wakil sekiranya penama telah meninggal dunia pada tahun 2019 atau tahun berikutnya
- Wakil perlu mengisi borang wakil dengan lengkap (borang wakil boleh didapati di pejabat LIGS terdekat)
Cara Memohon
- Status penerima bantuan hanya boleh disemak di pautan Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Soalan Lazim
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor tertera: 088-212311/210472/210531/210561
Agensi
Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)