Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2023

Pengenalan

  • Bantuan Latihan Perantis adalah bertujuan untuk membantu klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja
  • Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis: RM200 sebulan seorang

Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

Cara memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

phone icon

Telefon
03-8000 8000