Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar
Untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal
Apakah itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
- Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:
- Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
- Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
- Bayaran pertama akan disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Mac
- BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilang Anak / Nilai Bantuan | ||
---|---|---|---|---|
0 | 1 - 2 | ≥ 3 | ||
Isi Rumah / Ibu Bapa Tunggal (IBT) | RM2,500 dan ke bawah | 1,000 | 1,500 | 2,000 | RM2,501 - RM5,000 | 400 | 600 | 800 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah | 600 | - | - |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | 350 | - | - |
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak | Kelayakan Asas | Kelayakan Selepas Kadar Tambahan |
---|---|---|---|---|
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) | RM2,500 dan ke bawah | 1-2 | 1,500 | 2,000 |
≥3 | 2,000 | 2,500 | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | 600 | 1,100 |
≥3 | 800 | 1,300 | ||
Isi Rumah berstatus Warga Emas (tambahan RM300) | RM2,500 dan ke bawah | 1-2 | 1,500 | 1,800 |
≥3 | 2,000 | 2,300 | RM2,501 - RM5,000 | 1-2 | 600 | 900 |
≥3 | 800 | 1,100 |
*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
Siapakah yang layak untuk BKM?
- Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Pekara | Isi Rumah | Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan | Bujang |
---|---|---|---|
Status Perkahwinan | Kahwin | Bujang | Bujang |
Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | |
Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah | RM5,000 dan ke bawah | RM2,500 dan ke bawah |
Kelayakan Umur | Tiada had umur | 60 tahun dan ke atas | 21-59 tahun |
Bagaimanakah saya boleh memohon BKM?
- Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
- Sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM dibuka mulai 2 Mei 2022 bagi permohonan dalam talian selama sebulan. Penyerahan borang secara fizikal akan bermula pada 9 Mei 2022. Ini bagi membantu mereka yang tidak lulus permohonan sebelum ini.
- Pemohon rayuan BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di Portal BKM bagi mendapatkan maklumat lanjut
- Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
- Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
- Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
- Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
- Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
- Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
- Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM
- Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Pekara | Kaedah Bayaran |
---|---|
Ada akaun bank dan berjaya kredit |
|
Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) |
|
Tiada akaun bank |
|