PERKESO - Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Peserta Latihan)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/05/2023

Pengenalan

  • Program ini merupakan suatu inisiatif daripada Kerajaan bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan pekerjaan formal serta latihan menerusi program Latihan Microcredentials/Latihan Profesional yang diiktiraf.
  • Peserta yang menyertai program ini layak untuk menerima Elaun Latihan berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh maksima 3 bulan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh PERKESO.
  • Program ini akan mula dilaksanakan pada 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023 dan tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan terkini yang diwartakan oleh kerajaan
  • Antara manfaat yang akan diperoleh menerusi Program Bina Kerjaya ini adalah:
    • Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan
    • Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan/menambah kemahiran mereka menerusi Latihan Microcredentials/Latihan Profesional
    • Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal
    • Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal
  • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi PERKESO.


Syarat Kelayakan

  • Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah:
    1. Warganegara Malaysia.
    2. Berumur 16 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat
    3. Mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah
    4. Tidak mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan
    5. Keutamaan diberikan kepada individu yang berminat untuk melakukan transisi daripada pekerjaan tidak formal kepada pekerjaan formal dan perlu memenuhi salah satu daripada kriteria tersebut:
      1. Mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) sebelum 1 April 2023; atau
      2. Hanya melakukan pekerjaan di bawah Sektor Tidak Formal semasa permohonan dibuat

Cara memohon

  • Dokumen-dokumen mandatori yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Kad Pengenalan (salinan hadapan dan belakang)
    • Maklumat akaun bank (persendirian)
    • Pembuktian bekerja tidak formal di digital platform atau;
    • Sijil/lesen bekerja rasmi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau setaraf atau;
    • Borang Perakuan Bekerja Sendiri
  • Individu boleh mengemukakan permohonan bagi program ini melalui Portal Kerjaya Madani - Bina Kerjaya dan juga Portal MYFutureJobs

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
PERKESO