Pengenalan
- Program ini merupakan suatu inisiatif Kerajaan bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi peserta untuk memperoleh peluang pekerjaan menerusi program Latihan Microcredentials/Latihan Profesional yang diiktiraf.
- Penyedia latihan bagi program ini perlu mensasarkan peserta daripada kumpulan berikut:
- Penyedia Latihan yang menyertai program ini layak untuk menerima subsidi bayaran Yuran Latihan sehingga RM4,000 berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh PERKESO.
- Penyedia Latihan perlu berdaftar dengan PERKESO bermula pada 20 April sehingga 31 Mei 2023 untuk program ini.
Program | Kumpulan Sasaran Peserta |
---|---|
Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal | Pekerja gig/Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah | Program Kerjaya TVET | Graduan TVET atau lepasan sekolah yang menganggur sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 bulan |
Syarat Kelayakan
Syarat Pelantikan Penyedia Latihan | Syarat Pelantikan Kursus Latihan |
---|---|
*Nota: Syarat ini dikecualikan kepada IPTS serta agensi dan badan kerajaan
|
|
Cara memohon
- Dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran sebagai Penyedia Latihan PERKESO boleh didapati daripada Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 2 Tahun 2023 di pautan Portal Kerjaya MADANI.
- Tarikh pendaftaran sebagai Penyedia Latihan PERKESO di bawah program ini adalah dari 20 April sehingga 31 Mei 2023 di Portal Kerjaya MADANI.
- Tuntutan Subsidi Yuran Latihan juga perlu dibuat di Portal Kerjaya MADANI dan bayaran akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
Soalan Lazim
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal & Kerjaya TVET (Penyedia Latihan).