SME Corp - Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/03/2023

Pengenalan

  • BEEP bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu bagi memperkukuhkan teras perniagaan PKS
  • Membina kapasiti dan keupayaan
  • Meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi BEEP atau Risalah BEEP

Kelayakan

  • Perakuan status PMKS
  • Syarikat bersaiz mikro*, kecil & sederhana sahaja
  • 60% ekuiti syarikat adalah milikan Bumiputera
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah
  • Beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Telah menjalani penilaian SCORE
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal

    • *Merujuk kepada syarikat mikro berpotensi tinggi seperti berikut:
      1. Telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 12 bulan
      2. Jualan tahunan melebihi RM250,000
      3. Beroperasi di premis perniagaan yang sah

Cara Memohon

  • Untuk memohon, sila tempah sesi konsultansi bersama pegawai kami di Platform Meetme melalui portal myAssistMSME bagi membincangkan cadangan pengembangan perniagaan anda di bawah Program BEEP
  • Fi Pemprosesan:
    1. Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut:
      - RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana
      - RM300 untuk PKS Mikro
  • Pakej Bantuan:
    1. Produktiviti dan Automasi
    2. Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT
    3. Peningkatan Pembungkusan Produk
    4. Pembangunan Penjenamaan dan Promosi
    5. Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
    6. Pembangunan dan Inovasi Produk
    7. Penyenaraian di pasaran LEAP

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
SME Corp. Malaysia

phone icon

Telefon
1-300-30-6000