Program Baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV)
Baucar RM75 untuk produk Perlindungan Tenang
Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022
Apakah itu PTV?
- PTV adalah skim bantuan kewangan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah
- Melalui program ini, baucar RM75 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen
- Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.
- Penerima BKM juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah (dibawah Fasa 2 PTV, butiran lanjut akan diumumkan kelak)
Siapakah yang layak untuk mendapat PTV?
- Program ini terbuka kepada penerima BKM yang layak untuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas:
Perkara | Status Isi Rumah | Warga Emas / Tiada Pasangan | Bujang |
---|---|---|---|
Status Perkahwinan | Kahwin | Bujang | Bujang |
Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat | |
Pendapatan | RM5,000 dan ke bawah | RM5,000 dan ke bawah | RM2,500 dan ke bawah |
Kelayakan Umur | Tiada had umur | 60 tahun dan ke atas | 21-59 tahun |
Bagaimanakah cara untuk menebus baucar PTV semasa membeli produk Perlindungan Tenang?
- Kaedah 1 - Penyemakkan atas talian:
- Layari laman web MyPTV;
- Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
- Klik butang “Cari” dan jika anda layak untuk program baucar, anda kan menerima kod baucar yang unik dalam mesej seterusnya
- Kaedah 2 - Penyemakkan di kaunter:
- Kunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.
- Kaedah 1 - Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:
- Layari laman web MyCoverage
- Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
- Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut
- Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (NRIC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian
- Kaedah 2 - Penebusan di kaunter:
- Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful
Untuk menyemak kelayakan:
Untuk menebus baucar: