Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2023

Pengenalan

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara
  • BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri
  • Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
    2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
    2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

phone icon

Telefon
03-8000 8000