Bantuan Awal Persekolahan

Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 09/01/2023

Pengenalan

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun
  • Pembayaran one-off sebanyak RM150 mulai 12 Januari 2023 kepada semua murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2023/2024 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa
  • Peruntukan BAP disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun

Kelayakan

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah seperti berikut:
    1. Murid warganegara Malaysia;
    2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
    3. Murid bersekolah di:
      • Sekolah Kerajaan (SK);
      • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
      • Sekolah Agama;
      • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan;
      • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
      • Sekolah Integriti; dan
      • Sekolah Henry Gurney.

Soalan Lazim

agensi icon

Agensi
Kementerian Pendidikan Malaysia