Bantuan Am Persekutuan

Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 28/02/2023

Pengenalan

  • Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti
  • Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga


  • Nota :
    Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Soalan Lazim

  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM
  • agensi icon

    Agensi
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    phone icon

    Telefon
    03-8000 8000