Bantuan Untuk Perniagaan

Inisiatif Terkini

orange icon

Bantuan Perniagaan Akan Datang

Klik untuk terokai bantuan Bajet 2022 mengikut keperluan anda


3 Inisiatif Utama Bantuan Kewangan & Pembiayaan

SemarakNiaga - Mikrokredit

Pembiayaan kredit mikro tanpa faedah untuk 6 bulan pertama, beserta kemudahan moratorium, akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank dan BSN, kepada para peniaga mikro

#Pembiayaan #PMKS #SemarakNiaga

Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia - Alternatif

Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing

  • Geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh BPMB

#Pembiayaan #PKS #SemarakNiaga

Skim Geran Pendigitalan PKS

Skim geran pendigitalan PKS berjumlah RM200 juta

#Kewangan #Digital #PMKS

2 Inisiatif Utama Pengambilan Pekerja

Insentif Penggajian JaminKerja

Usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:

  • Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 40% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
  • Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan

Untuk pengambilan pekerja, terokai Portal MyFutureJobs

#Kewangan #PencariKerja #Rentan #PekerjaGig #JaminKerja

Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

Program membantu pencari kerja dengan menyediakan latihan kemahiran bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan

#Latihan #PencariKerja #JaminKerja

3 Inisiatif Utama Akses Pasaran

Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia - Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon

Dana pembiayaan padanan “matching fund” bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon

  • Kadar pinjaman: Sehingga 5% setahun
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 10 tahun

#Pembiayaan #AksesPasaran #PMKS #Kelestarian #RendahKarbon

Digital Nomad

Mewujudkan komuniti dan ekosistem nomad digital di Malaysia dengan menggunakan sektor pelancongan sebagai pemangkin.

(Nomad digital ialah golongan yang menjana pendapatan secara dalam talian tanpa lokasi fizikal yang tetap).

#Digital #Pelancongan

Go e-Commerce Onboarding

Bantuan kepada perusahaan sosial, halal, kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital.

#eDagang #eBayar #Digital

3 Inisiatif Utama Bantuan Pelancongan

Bantuan Khas Industri Pelancongan

Bantuan khas kepada pengusaha pelancongan, yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk tempoh 3 bulan

#Pelancongan #UsahawanKraf

Program Subsidi Upah Bersasar

Menyediakan subsidi RM600 bagi setiap pekerja, terhad kepada 500 pekerja, untuk 3 bulan

  • Khusus kepada majikan dalam sektor pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%, supaya mereka dapat meneruskan operasi dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan

#Kewangan #SubsidiUpah #Pelancongan #PSU

Geran Padanan Seni Budaya

Geran padanan kepada syarikat yang menganjurkan program berkaitan seni dan budaya

#Kewangan #Pelancongan #Seni #Kebudayaan

3 Inisiatif Utama Bantuan Kreatif

Insentif Filem

Inisiatif Industri Kreatif

Untuk merancakkan semula aktiviti industri kreatif melalui:

  • Dana Kandungan Digital
  • Projek Kandungan Multimedia Digital
  • Insentif Filem
  • Program Perkasa Modal Insan

#Kewangan #Kreatif

Program Riuh! Keluarga Malaysia

Kerajaan akan menjayakan Program Riuh Keluarga Malaysia melalui dana padanan pinjaman pelaburan berjumlah RM20 juta. Langkah ini dijangka mewujudkan 5 ribu peluang pekerjaan baharu.

#Pembiayaan #Usahawan #Kreatif

Skim Padanan Pinjaman Pelaburan

Skim Padanan Pinjaman Pelaburan

Bagi inisiatif Platform Animasi Negara yang akan dikendalikan oleh MyCreative Ventures

#Pembiayaan #Usahawan #Kreatif

Mohon Bantuan Perniagaan Sekarang

klik untuk maklumat lanjut inisiatif di bawah pakej rangsangan lain