Bertepatan dengan tema “Demi Kesejahteraan Bersama”, Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (#AgensiLAKSANA) dan #TeamManfaat sekali lagi telah menyantuni rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui program turun padang yang berlangsung dari 4 September 2023 sehingga 8 September 2023 di pelbagai lokasi di Johor, Kelantan, Sarawak, Perak, Selangor dan Lembah Klang.
Menerusi pendekatan turun padang ini, #AgensiLAKSANA telah berpeluang merasai denyut nadi rakyat terutama di kalangan penjaja, usahawan/pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan berinteraksi secara langsung serta bersemuka bagi menghayati dan memahami perkongsian mengenai situasi dan cabaran semasa di samping mendengar pandangan, idea dan cadangan mereka. #AgensiLAKSANA juga berpeluang untuk memperolehi input daripada rakyat berkenaan pelaksanaan program bantuan serta inisiatif Kerajaan sedia ada terutamanya yang berkaitan dengan #Belanjawan2023, bagi menilai impak serta keberkesanan selain mengenal-pasti jurang serta cadangan penambahbaikan program sedia ada dan akan datang terutama di bawah #Belanjawan2024 nanti.
Di kesempatan bertemu rakyat juga, #AgensiLAKSANA telah memberikan pendedahan dan penerangan mengenai Platform Manfaat terutamanya berkenaan Portal Manfaat sebagai portal rujukan sehenti bagi memudahkan mereka untuk mengetahui dan seterusnya memanfaatkan pelbagai bantuan dan inisiatif yang tersedia di bawah #Belanjawan2023 bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.
#AgensiLAKSANA berharap agar usaha program turun padang seumpama ini dapat dipertingkatkan di tahun-tahun mendatang agar semua input serta maklum balas dari akar umbi dapat dikaji dan ditelusuri secara berterusan bagi membentuk gagasan idea yang lebih bermakna serta menyeluruh dalam usaha untuk memperkasakan inti pati Belanjawan tahunan.
#AgensiLaksana serta #TeamManfaat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua rakyat yang telah mengambil bahagian dalam sesi turun padang kami pada kali ini dan juga sudi berkongsi pendapat, isu serta kisah/pengalaman mereka sebagai panduan sejajar dengan aspirasi program turun padang. Semoga kita berpeluang untuk bertemu lagi!
Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-60! Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Segulai Sejalai!
Nota: Sekiranya anda berminat untuk memberikan maklumbalas mengenai penyampaian bantuan Kerajaan, sila klik pautan di bawah:
Perniagaan:
Bahasa Melayu: https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat /feedback-business-ms.html
Rakyat: Bahasa Melayu: https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat /feedback-rakyat-ms.html English: https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat /feedback-rakyat-en.html