Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

15/05/2023

Bersempena Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei 2023, kita raikan beliawan dan beliawanis negara dengan menyorot pelbagai sokongan dan inisiatif oleh Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 untuk mereka bertujuan memperkasa dan menyokong aspirasi belia negara.

Berikut merupakan beberapa inisiatif utama untuk bagi belia manfaatkan yang merangkumi pelbagai bentuk latihan kerjaya dan penempatan pekerjaan; pengurangan kos untuk mendapatkan pendidikan; penyediaan dana/pembiayaan dan latihan bagi menyokong keusahawanan di kalangan belia; dan bantuan kewangan untuk meringankan beban sara hidup:

• Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Bantuan tunai bagi penerima bantuan/anak penerima bantuan yang tercicir daripada sekolah/menganggur bertujuan mendapatkan latihan kemahiran dan latihan pekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai BLP, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/blp.html


• PERKESO: Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Peserta Latihan)

Program bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja dalam Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan pekerjaan formal menerusi latihan microcredentials/latihan profesional yang diktiraf. Peserta program ini yang menjalani pembelajaran disediakan elaun sebanyak RM300 untuk 3 bulan.

Untuk maklumat lanjut berhubung, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/binakerjaya-peserta.html


• PERKESO: Program Daya Kerjaya - Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah

Insentif Latihan & Peningkatan Kemahiran bagi graduan TVET dan lepasan sekolah bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran.

Untuk maklumat lanjut berhubung, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/perkeso-tvet.html


• Peluang Perantisan Syarikat Multinasional Asing

Kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman di mana pelajar juga dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat perantisan di negara penuntut bagi meningkatkan skill dan pengetahuan mereka.


• PTPTN: Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

Diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023 bagi peminjam PTPTN bertujuan menggalakkan penyelesaian baki hutang pinjaman. Manakala, penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan bermula 1 Mac 2023 bagi peminjam PTPTN dengan pendapatan kurang dari RM1.8 ribu bertujuan mengurangkan beban kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/diskaunptptn.html dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/penangguhanptptn.html


• Profesional Training & Education for Growing Entreprenuer (PROTEGE)

Program bagi graduan menganggur dalam pelbagai bidang pengajian bertujuan meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan.


• Skim Latihan Dual Nasional (SLDN)

Program SLDN merupakan latihan di dalam dua sistem pembelajaran iaitu tempat kerja sebenar dan pusat latihan yang bertujuan melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) serta berperanan juga untuk mengeratkan kerjasama industri dan memanfaatkan pelatih.

Untuk maklumat lanjut mengenai SLDN, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/sldn.html


• Suruhanjaya Syarikat Malaysia: Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

SPPP merupakan satu skim pendaftaran perniagaan yang mengenakan pengecualian fi pendaftaran perniagaan bagi usahawan B40 & pelajar IPT Awam/Swasta bertujuan menggalakkan mereka berniaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai SPPP, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/sppp.html


• Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA)

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia atau ringkasnya PUTRA ialah skim/kemudahan pembiayaan perniagaan mikro bagi sektor seperti peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan bagi melahirkan usahawan kecil dari generasi muda untuk memulakan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PUTRA, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/putra.html


• SME Corp: Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Tube adalah satu program bagi belia Bumiputera yang berumur di antara 18-30 tahun bertujuan menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan terutamanya individu yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai TUBE, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/smecorp-tube.html


• BSN: Micro/i Penjaja Kasih-Muda

Pinjaman mikro bagi usahawan mikro/kecil/penjaja dalam kalangan belia bertujuan membiaya modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian bagi membantu individu untuk mengembangkan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Micro/i Penjaja Kasih-Muda, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/bsn-penjaja-kasih-muda.html


• BSN: Micro/i Kasih-Belia

Merupakan pinjaman mikro maksimum sebanyak RM 50,000 bagi usahawan belia yang bertujuan membiaya modal kerja, pembelian aset dan pengubahsuaian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Micro/i Penjaja Kasih-Belia, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/bsn-kasih-belia.html


• SME Bank: Pembiayaan Dana Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0)

Pinjaman bagi usahawan muda bertujuan membiaya modal kerja dan pembelian aset.

Untuk maklumat lanjut mengenai YEF 2.0, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/yef.html


• E-Tunai Belia Rahmah

Bantuan kredit e-dompet RM200 one-off bagi golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun bertujuan membudayakan pembayaran tanpa tunai. Maklumat lanjut mengenai E-Tunai Belia Rahmah, akan dikemaskini.


• KTMB: MyRail Life

Pas ini merupakan pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan juga OKU dari pelbagai peringkat umur bagi meringankan beban kos pengangkutan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyRail Life, sila layari https://budget.mof.gov.my /manfaat/faq/myraillife.html


Belia dan sukan tidak dapat dipisahkan. Penglibatan belia dalam aktiviti sukan bukan sahaja menyihatkan tubuh fizikal mereka, malah memberi kesejahteraan mental dan meningkatkan kemahiran mereka bersosial. Untuk itu, di bawah Belanjawan 2023, pelbagai sokongan kepada sektor sukan telah dirangka seperti:

• Penajaan Program Sukan

Inisiatif ini dirangka bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan seterusnya memberi ruang kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam industri sukan negara

• Penambahbaikan Program Latihan & Fasiliti Sukan

Inisiatif ini bertujuan menambah baik program latihan dan fasiliti sukan para atlet bagi memperkasa sukan negara

• Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)

Inisiatif ini bertujuan untuk menjaga dan memelihara kebajikan atlet kebangsaan dengan penyaluran dana bernilai RM 5 juta kepada YAKEB


Presiden Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa belia merupakan bakal tunjang negara yang perlu dilindungi bagi memperkasa kegemilangan sebuah negara. Hasrat kerajaan dalam pembangunan modal insan yang berkualiti ini nescaya dapat digapai melalui inisiatif yang dilakar khas untuk manfaat golongan belia pada masa kini.

Ikuti kami di Portal Manfaat dan laman-laman sosial media kami di Facebook dan Instagram untuk kekal mendapatkan perkembangan terkini mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan belia.


Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2023

Ditulis Oleh: Bahagian Pembangunan Korporat LAKSANA