Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai

26/05/2023

#TeamManfaat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Kumaa Diozu Saviavi”

Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua.

dan,

“Gayu Guru Gerai Nyamai”

Selamat Hari Gawai Dayak, semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik.

Umum mengetahui negara kita dirahmati dengan kemajmukan masyarakat dan kepelbagaian budaya. Sesungguhnya, perbezaan dan kepelbagaian inilah yang merupakan kekuatan negara dan lantaran itu, semangat perpaduan dikalangan kita harus lebih dipupuk. Unity in Diversity!

Marilah kita raikan kepelbagaian dan mengeratkan lagi perpaduan dikalangan rakyat kita dengan bersama-sama menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Kita terapkan sinergi dalam apa jua yang kita lakukan untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan yang dikecapi selama ini, ke arah melestarikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

Bersempena sambutan ini, sukacita #TeamManfaat ingin menarik perhatian semua kepada Portal Manfaat, sebuah inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia. Portal ini dibangunkan sebagai satu portal sehenti bertujuan untuk memudahkan akses Rakyat kepada informasi terkini berkaitan skim-skim bantuan dan inisiatif merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi secara efisien, tepat, terangkum, telus dan dipercayai. Dalam kata yang lebih mudah dan bermakna, “Merakyatkan Belanjawan!”. Rakyat kini dapat mengetahui mengenai bantuan serta inisiatif yang diingini termasuk mengemukakan permohonan dihujung jari, pada bila-bila masa.

Portal ini boleh dilayari di https://budget.mof.gov.my/manfaat.

Selain Portal Manfaat, ikuti laman-laman sosial media kami di Facebook dan Instagram untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini berkaitan inisiatif Belanjawan 2023.

Kongsikan informasi tentang kemudahan Portal Manfaat yang tersedia kepada semua keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai semua!

Ditulis Oleh: Bahagian Pembangunan Korporat LAKSANA