Hero Banner

Ketahui Bantuan 

Khusus Untuk Anda

Sahih, Di Hujung Jari

Pengumuman Terkini
Logo
26 Jan, 2024
 
Penyaluran SARA secara bulanan bermula 22 & 28 Jan 2024 bagi penerima dari Semenanjung Malaysia
https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara
Logo
26 Jan, 2024
 
STR Fasa 1 akan disalurkan mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat
https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/str
Logo
19 Jan, 2024
 
Penyaluran SARA 2 kali setahun bermula 19 Feb 2024 bagi penerima dari Sabah, Sarawak & WP Labuan
https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara
Logo
04 Jan, 2024
 
Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 kini dilanjutkan sehingga 2024
https://manfaat.mof.gov.my/B2024/individu/HSP
Logo
29 Dis, 2023
 
Pusat Panggilan Manfaat beroperasi sehingga 31 Dis 2023. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di sini
https://manfaat.mof.gov.my/form/borang-maklum-balas
Pilih bantuan-bantuan yang ingin diketahui berdasarkan kategori berikut
Kategori Manfaat
Informasi Atas Talian untuk memanfaatkan bantuan yang disediakan
Logo
15 Okt, 2023
Berita Gembira Buat Penggiat Seni dan Industri Kreatif Negara
Berita baik untuk penggiat industri kreatif negara! Cakna dengan keperluan penggiat tempatan, Belanjawan MADANI 2024 yang diumumkan YAB Menteri Kewangan tampil dengan pelbagai inisiatif menyokong memperkasa dan merancak penghasilan karya oleh penggiat industri kreatif negara.Ujar beliau, “Bakat-bakat kreatif tempatan akan terus disokong bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak karya seni di Malaysia. Kerajaan menyediakan 160 juta ringgit untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni.”Antara inisiatif yang dibiaya dan akan dilaksanakan adalah meliputi penyediaan dana seperti:Dana Kandungan Digital bagi mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan (RM60 juta);Inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) bagi menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa (90 juta); danDana Padanan MyCreative bagi menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif (RM10 juta).Sementara itu, langkah yang tentunya ditunggu-tunggu dan menggembirakan bagi penggiat industri turut mendapat perhatian Kerajaan. YAB Menteri Kewangan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu seperti berikut:Pengecualian sepenuhnya duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis tempatan;Pengurangan kepada 5 peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator; danPengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.Dalam hubungan penurunan duti hiburan, YAB Menteri Kewangan turut mencadangkan supaya langkah yang sama dituruti Kerajaan Negeri. “Kesempatan ini juga saya ambil untuk menyeru Kerajaan Negeri supaya dapat mempertimbangkan pengurangan duti hiburan yang dilihat mampu menyokong perkembangan bakat- bakat kreatif tempatan di samping merancakkan lagi aktiviti pelancongan negara.”Selaras langkah untuk meletakkan negara di persada industri perfileman dunia melalui penggalakkan masuk produksi filem asing ke Malaysia dan seterusnya menyaingi tawaran insentif negara lain, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan khas antara 0 hingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia.Sumbangan tokoh-tokoh dan penggiat seni, budaya dan warisan turut tidak dilupakan. Sebagai usaha mengiktiraf dan menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan kembali menganjurkan Anugerah Seni Negara secara tahunan.Adalah diharapkan melalui inisiatif yang telah dirangka ini, industri kreatif negara akan lebih rancak menuju ke mercu yang lebih tinggi.  Ketahui dengan lebih lanjut pelbagai inisiatif lain berkaitan industri kreatif di bawah Belanjawan MADANI 2024 dengan melayari Portal Manfaat.
Logo
14 Okt, 2023
Suntikan Belanjawan 2024 Bakal Rancakkan Industri Pelancongan
Belanjawan MADANI 2024 menyaksikan Kerajaan memberikan fokus sewajarnya dalam mencergas semula aktiviti dan memperkasa potensi industri pelancongan, selaras dengan kepentingan industri ini dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, menyedia peluang pekerjaan dan menjana pendapatan negara.Perkara tersebut disentuh YAB Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023. YAB Menteri Kewangan berkata bahawa bagi merancakkan lagi promosi dan aktiviti pelancongan negara, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM350 juta agar negara kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia. Peruntukan ini antara lainnya bertujuan membiayai:Penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026;Kerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara;Bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya;Geran padanan penerbangan carter dalam meningkatkan kemudah sampaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia; danDana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia. Bagi memastikan pelancongan negara kekal lestari, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan, bangunan dan tapak warisan tumpuan pelancong akan terus diberikan perhatian sewajarnya  termasuk dalam aspek keindahan, keselamatan dan kebersihan. Maka, peruntukan sebanyak RM120 juta turut disediakan bagi tujuan berikut: Menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri;Memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO antaranya di Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak; danMengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya melalui program oleh Think City. Kerajaan juga komited untuk menaiktaraf lapangan terbang sedia ada bagi meningkatkan keupayaan operasi bagi memenuhi peningkatan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong. Sejumlah RM47 juta akan disediakan bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada.Kemasukan pelancong asing akan turut dipermudahkan lagi. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan menambah baik kemudahan Visa-On-Arrival, pas lawatan sosial dan tawaran Multiple Entry Visa bagi menggalakkan kemasukan pelancong dan pelabur terutamanya dari negara India dan China selain melonggarkan syarat-syarat sedia ada bagi permohonan Malaysia My Second Home (MM2H).Bagi memastikan rangka kerja rapi dan perancangan awal dapat dilaksanakan,YAB Menteri Kewangan turut mengumumkan tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan menyasarkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak 97.6 bilion ringgit.Ketahui dengan lebih lanjut pelbagai inisiatif lain berkaitan industri pelancongan di bawah Belanjawan MADANI 2024 dengan melayari Portal Manfaat.
Logo
13 Okt, 2023
Belanjawan 2024 - Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat
Yang dinantikan kini telah tiba. Belanjawan 2024 yang merupakan Belajawan MADANI kedua telah pun diumumkan YAB Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023. Namun, tahukah anda bahawa penggubalan Belanjawan Madani 2024 telah melalui pelbagai usaha dan proses penting sebelum ia dapat diumumkan?  Hakikatnya, Belanjawan MADANI 2024 dibentuk hasil daripada pendekatan dan usaha secara konsultatif dan inklusif oleh Kementerian Kewangan melalui pelbagai sesi libat urus, kumpulan fokus dan program jelajah ke negeri-negeri. Dalam hubungan ini, sebanyak 24 sesi perbincangan bersama kumpulan fokus dan 9 Jelajah Negeri telah berjaya dilaksanakan dalam bulan Ogos dan September 2023. Sesi tersebut juga telah melibatkan penyertaan daripada lebih 8,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang awam. Manakala sebanyak 11,089 cadangan telah diterima melalui portal Belanjawan 2024 dan diteliti dengan rapi. Maka di atas iltizam tersebut, belanjawan pada kali ini yang bertemakan REFORMASI EKONOMI, MEMPERKASA RAKYAT, merupakan kesinambungan kepada dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI. Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras di bawah Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada 3 tumpuan utama dan 12 ikhtiar iaitu:  Sesungguhnya, Belanjawan MADANI 2024 yang diumumkan, telah digarap dengan memastikan tiada golongan yang terpinggir, di mana kebajikan Rakyat diberikan perhatian yang sewajarnya serta dalam pada masa yang sama, mengetengahkan langkah-langkah reformasi bagi memastikan kerancakan ekonomi, kemampanan kewangan negara dan pengukuhan tatakelola institusi tercapai. Terus layari Portal Manfaat atau laman media sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat sahih dan terkini berhubung inisiatif Belanjawan MADANI 2024. Jangan ketinggalan untuk mengetahui inisiatif-inisiatif yang mungkin boleh membantu anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda! Ingat Belanjawan, ingat Manfaat!