Sumbangan Tunai Rahmah 2023: Fasa 1 diagihkan bermula 17 Jan 2023
Be Your Own Boss (BYOB): Pembekuan sementara
Bantuan Awal Persekolahan akan diagihkan bermula 12 Jan 2023
MySTEP diteruskan untuk tahun 2023, sedia 50,000 peluang kerjaya
Subsidi bil elektrik untuk semua pengguna domestik dan PMKS
Tambahan RM200 akan diagihkan kepada pekebun kecil getah pada Jan 2023
Permohonan BSN Micro Semarak masih dibuka
"31. Pembentangan RUU ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran sementara Parlimen supaya Kerajaan boleh berbelanja sebahagian Anggaran Perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dibentang semula dan diluluskan kelak.
32. Bagi tujuan ini, maka Kerajaan mencadangkan Rang Undang-undang ini supaya dibenarkan pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan, yang tidak melebihi satu ratus tujuh bilion tujuh ratus lapan belas juta enam ratus tujuh puluh enam ribu enam ratus lima puluh ringgit (RM107,718,676,650) yang dianggarkan mustahak, bagi perkhidmatan Kerajaan untuk tempoh enam bulan yang pertama tahun 2023.
33. Namun, mengambil kira keterbatasan anggaran perbelanjaan sementara ini yang terhad kepada dasar dan komitmen sedia ada Kerajaan bagi enam bulan pertama 2023 terlebih dahulu. Apa yang baik akan diteruskan terutamanya inisiatif sedia ada yang memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat. Selanjutnya, perbelanjaan lain akan dikaji semula dalam penyediaan pembentangan semula Bajet 2023.
34. Anggaran perbelanjaan di bawah RUU ini antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Begitu juga projek-projek pembangunan yang sedang berjalan perlu diteruskan terutamanya projek pembaikan dan penyelenggaraan seperti sekolah daif, jalan raya, hospital serta klinik kesihatan. “
(Inti pati Ucapan Pembentangan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022
Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara oleh YAB Perdana Menteri)
20 Disember 2022
02/01/2023
Sekolah akan agihkan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid mulai 12 Januari
Ketahui lebih lanjut